Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 62! Sayangi Malaysiaku! Shop Now!

BEAUTY SLEEP PENTING KE?

Aaaa siapa hujung minggu suka bangun tido lambat? Zzz! Korg jangan tido lama sangat, nanti kepala blurrr hahaha, tapiiii kena tido yang cukup. Tu je nak cakap ⠀

Kenapa kena ada tidur yang cukup gais? Jom kita tgk kenapa.. baca okeh, jangan skip! ⠀

1. Mencegah kanser - Orang yang bekerja sehingga lewat malam adalah berisiko tinggi mendapat kanser payudara atau kanser kolon kerana mereka lebih byk terdedah kepada cahaya lampu pada waktu malam. Sebenarnya, terdedah kepada cahaya lampu akan menurunkan paras melatonin dlm darah. Hormon ini menyebabkan kita mengantuk dan juga berfungsi menentang kanser sbb melantonin berupaya membantutkan pertumbuhan tumor.⠀

2. Kurangkan stress - Apabila tk cukup tidur, badan kita akan menjadi letih dan stres yg boleh meningkatkan tekanan darah & pengeluaran hormon stres. Seterusnya, tekanan darah tinggi akan meningkatkan risiko mendapat serangan sakit jantung dan strok. Hormon stres pula akan menyebabkan kesukaran untuk tidur. Oleh itu, tidur yg cukup diperlukan oleh badan bagi mengurangkan tekanan atau stres.⠀

3. Kurangkan risiko kemurungan - Cukup tidur pada waktu malam juga menggalakkan pengeluaran hormon serotonin, sebaliknya kurang tidur akan mengganggu pengeluaran hormon tersebut yg akan menyebabkan kemurungan. Oleh itu, bagi mencegah kemurungan, pastikan kita cukup tidur selama 7-9 jam setiap malam.⠀

4. Kurangkan keradangan - Peningkatan paras hormon stres akan meningkatkan proses keradangan dalam badan yg juga merupakan salah satu faktor penyebab risiko penyakit jantung, kanser, diabetes. Keradangan juga mempercepatkan proses penuaan drpd sepatutnya.⠀

5. Menguatkan ingatan - Mimpi semasa tidur dapat menguatkan daya ingatan kerana semasa badan rehat waktu tidur, otak pula sibuk meproses segala pengalaman dan peristiwa yg dilalaui serta mengaitkannya dgn perasaan & ingatan seseorang. Oleh itu, mendapat tidur yg berkualiti akan menghasilkan daya ingatan ygg lebih baik.⠀


So gais, ada yang nak skip tidur tak lepas ni?  tag kawan korg yang suka tidur lewat and suka skip waktu tidur  



Older post Newer post